Followers

Saturday, October 18, 2014

Aku Masih Cuba .


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.



Bila aku kata aku cuba kuat.
Hakikatnya aku masih lemah.
Bila aku kata aku okeng.
Hakikatnya aku sedang berperang dengan tangisan.
Mungkin kau nampak aku senyum.
Mungkin kau nampak aku ketawa.
Tapi di sebalik senyum dan ketawa itu lah satu tempat untuk aku berlindung dengan sebuah perasaan.
Perasaan yang selalu berperang dalam diri.
Berperang dengan bersenjatakan airmata.
Tuhan.
Kau tahu aku lemah.
Kau tahu hatiku rapuh.
Saat ini aku tak perlukan sesiapa.
Cukup diriMu dan kekuatan dari Mu.
Siapa sangka.
Yang selalu ketawa.
Yang selalu tersenyum itu orang yang terluka teruk dengan perasaan sendiri?
Airmata juga tempat aku melepaskan segala keluh resah dan redha pada setiap takdir yang berlaku.
Mohon beri aku kekuatan Ya Rabbi.
Mohon pinjamkan secebis ketabahan.
Mohon izinkan aku meniti hari hari mendatang.

Terima Kasih Baca . Datang Lagi ^^

Friday, September 12, 2014

salah aku?



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.




salah aku ka?
sebab terlalu sayang.
sampai diinjak sesuka hati.
melepaskan amarah sewenangnya.

salah aku ka?
sebab mencintai dia.
sampai dicerca tanpa belas.
apa dia langsung tak punya hati?

salah aku ka?
sebab terlalu peduli.
sampai dicarut tanpa empati.

salah aku ka?
sebab rindu ini sentiasa hadir.
hingga melukakan hati sendiri.
menjerut jiwa yang dah kosong ini.

salah aku ka?
perasaan ini masih kukuh?
meski diperlakukan seperti sampah.
masih teguh mengemis secebis kemaafan.

salah aku ka bila semua ini terjadi?
apa aku langsung tak wujud dalam hati itu?
hati yang keras penuh dengan ego itu.
hati yang aku dambakan ada nama aku.

mungkin dia lupa semuanya.
tapi aku ingat semuanya.
setiap lafaz yang keluar dari bibir itu.
aku ingat satu persatu.
setahun yang lalu. kami selesa bersama.
entah kat mana silap aku.
sampai dia terus berubah 100 darjah.
tanpa pedulikan aku lagi waktu itu.
sampai sekarang.
bibir aku hanya akan meniti nama itu.
sebaris nama yang langsung tak terpadam.

apa aku masih ada kesempatan?
untuk mulakan semuanya kembali.
meski sekarang dah tamat kisah kami.




Terima Kasih Baca . Datang Lagi ^^

Sunday, August 31, 2014

Cinta ?


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.





hari-hari bicara tentang cinta.

Kata mereka…
kalau tak ada cinta,
macam mana nak ada lagu?

Tapi..
Aku dah bosan.

Kalau aku boleh pilih mahu bercinta dengan yang kaya atau yang miskin,
pastilah aku pilih yang kaya.
senanglah hidup aku nanti.
Bukan mata duitan tapi hanyalah mau membuat analogi.

Jadi..
mengapa aku ingin mencintai seorang hamba
apabila aku boleh mencintai sang Pencipta Alam Semesta?

Allahuakbar!






Terima Kasih Baca . Datang Lagi ^^

Wednesday, August 20, 2014

Start Walking To Rabb .

Assalamualaikum



Dalam hidup ,
Kita tak boleh nak harap orang datang ,
Dan pimpin tangan kita bawa kita kemana yang kita mahu .

Tak boleh !

Hidup kita ,
Kita bangun sendiri ,
Kita usaha sendiri ,
Kita cari jalan sendiri .

Sebab nanti .

Suatu saat kita akan menoleh lihat kita yang dulu ,
Dan berkata :

" Ooh , tak sangka aku mampu lalui semua jerih perih itu sendiri "





Terima Kasih Baca . Datang Lagi ^^

Blog Baru .

Assalamualaikum .

Saya Nabieyla Jamal ^^
Ada blog baru , nak renovate jap . Anda tunggu sebentar :D

Fi Hifzillah . Ilal Li'Qa

|| Follow Blog Ini ||

Terima Kasih Baca . Datang Lagi ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...